Karnival Kerjaya Pemuda BN bukti BN serius membantu rakyat

Diterbitkan pada: 12:31PM 12/04/2018
Kategori: Pro Politik
53 Pembaca

Karnival Kerjaya yang diadakan oleh Pengerakkan Pemuda BN Sabah untuk membantu golongan muda bagi mendapat pekerjaan adalah satu program yang menunjukkan keseriusan BN Sabah dalam membantu rakyat Sabah. Karnival kali ini merupakan yang program terbesar Pemuda BN Sabah yang memberi ruang lebih 50 majikan terdiri daripada sektor perkhidmatan, pelancongan, perhotelan, gas dan galian dan banyak lagi.

Kelainan yang dibawa karnival kali ini ialah mengalakkan majikan untuk memberi tahu terus keputusan kepada calon pencari kerja sama ada berjaya atau tidak. Jika berjaya mereka akan terus diberikan kontrak pekerjaan pada hari tersebut juga.

Hasil daripada program ini seramai 900 orang pencari kerja berjaya mendapatkan pekerjaan dan ditempatkan terus, Seramai 5009 pencari kerja yang datang dan seramai 800 orang perkerja yang mendapat peluang dan layak untuk temuduga peringkat kedua.