Kejayaan Kerajaan Negeri Sabah dalam Pelaburan

Diterbitkan pada: 1:17AM 28/02/2018
Kategori: Isu, Pro Politik
96 Pembaca

Penubuhan SEDIA (Sabah Economic Development Investment Authority) pada tahun 2009 bertujuan untuk menarik pelaburan tempatan dan asing di Sabah dengan lebih agresif.

SEDIA telah berjaya mencapai pelaburan kumulatif bernilai RM 55.1 billion sehingga November 2015 berbanding sasaran sejak pelancaran SDC sebanyak RM 150.7 billion. Tumpuan utama sektor pelaburan adalah dalam industri utama di Sabah seperti pelancongan, minyak, gas dan tenaga, kelapa sawit, pertanian, pendidikan, pembuatan, logistik dan Greater Kota Kinabalu.

MIDA dalam laporannya dan kelulusan Kerajaan Negeri (SGA) setakat September 2015, Negeri Sabah telah menerima nilai pelaburan dalam sektor pembuatan berjumlah RM572.00 juta. Daripada jumlah itu, sebanyak RM92.00 juta adalah merupakan pelaburan asing yang melibatkan pelaburan daripada dua puluh lapan (28) buah syarikat. Berdasarkan jumlah pelaburan ini, sektor pembuatan dijangka mampu menjana 1,129 peluang pekerjaan.

Negeri Sabah melonjakkan industri biojisim yang secara langsung akan meningkatkan kadar Pendapatan Negara Kasar (PNK) mencecah RM30 bilion menjelang tahun 2020. Industri ini dijangkakan akan menyumbang kepada PNK negara dari segi penghasilan produk perkayuan sebanyak RM3 bilion, pellets RM8 bilion, biofuels RM9 bilion, tenaga bio RM2 bilion, dan juga bio-kimia yang boleh menghasilkan sebanyak RM14 bilion dalam jangka masa 5 tahun mendatang.

Dari tahun 2013 hingga pertengahan tahun 2015, industri biojisim Malaysia mencapai RM1 bilion dan dijangka akan meningkat sehingga RM25 bilion sehingga tahun 2020. Pembiayaan bagi projek-projek SDC bagi tempoh tahun 2008 sehingga 2015, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan Kesepuluh (RMK10), dianggarkan RM1.732 bilion daripada RM1.854 bilion bersamaan 93.38% telah dilaksanakan.

Pelaburan dalam sektor swasta, dijangka akan meningkat dengan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi seperti projek Aeropod, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Grand Merdeka Mall, [email protected], PacifiCity, Sutera Avenue, Harbour City, Jesselton Quay( termasuk International Cruise Terminal), Kota Kinabalu City Waterfront, Jesselton Residences, Hotel Hilton, Holiday Inn, Hotel Mercure dan Hotel Marriot.

Dalam tempoh pelaksanaan RMK10, iaitu dari tahun 2011 hingga 2015, jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan secara purata dianggarkan bernilai RM2.8 bilion setahun. Setakat Januari hingga Mac 2016, jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan telah menerima pelaburan sekitar RM1.7 bilion dan jumlah tersebut sebanyak RM 440 juta adalah merupakan pelaburan langsung asing.

Dalam tempoh masa Januari hingga Mac 2016, sektor pembuatan berjaya menyediakan sebanyak 3,907 peluang pekerjaan. Sektor pembuatan di Sabah telah merekodkan sejumlah RM3,172.14 juta nilai purata eksport tahunan untuk tempoh 5 tahun berturut-turut sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Perangkaan di antara Januari hingga Mac 2016 pula menunjukkan sektor pembuatan telah mencatatkan jumlah pencapaian eksport yang lebih tinggi iaitu bernilai RM 598.6 juta.