Musa Tidak Pernah Sabotaj Shafie

Diterbitkan pada: 1:24PM 09/04/2018
Kategori: Uncategorized
77 Pembaca

Dalam banyak kali jelajah dan ceramah politik daripada Shafie menyatakan bahawa Tan Sri Musa Aman sabotaj Shafie dalam arena politik dan menuduh Tan Sri Musa dengan pelbagai perkara yang negatif. Hal ini adalah tidak benar sama sekali dan merupakan fitnah kepada Tan Sri Musa.

Shafie dikenakan tindakan dalam parti pun Tan Sri tidak pernah terlibat sama sekali. Hal ini terbukti dalam pemilihan majlis tertinggi UMNO pada tahun 2013 Tan Sri Musa tidak ikut bertanding kerana memberi laluan kepada Shafie untuk bertanding mendapatkan jawatan naib presiden UMNO. Malahan Tan Sri Musa sendiri menyeru ketua-ketua bahagian daripada Sabah untuk menyokong Shafie.

Tetapi Shafie tidak pernah menceritakan hal ini kepada rakyat. Jawatan yang pernah dipegang oleh Shafie dahulu tentu tidak akan berlaku tanpa sokongan daripada pemimpin Sabah seperti Tan Sri Musa dan rakyat Sabah. Setelah dapat menjawat jawatan Naib Presiden Shafie terus dilantik menteri KKLW

Jelas disini Shafie tidak pernah disabotaj oleh Tan Sri Musa. Segala yang berlaku pada diri Shafie adalah atas kesalahan diri sendiri yang melanggar prinsip perjuangan Parti.