Pandangan Anak Muda : Parlimen Sepanggar : Siapa Pemimpin yang layak?

Diterbitkan pada: 3:17PM 28/04/2018
Kategori: Pro Politik
5828 Pembaca

Sebelum menyentuh siapa yang lebih layak menjadi Wakil Rakyat (Parlimen)  di Sepanggar. Suka untuk menyentuh sedikit mengenai Sepanggar. Hidup sepanjang 27 tahun di Sepanggar pandangan peribadi penulis Sepanggar begitu pesat membangun dari segi pembangunan pendidikan dengan tertubuhnya beberapa IPTA  seperti UMS, Politeknik dan UITM, beberapa IPTS. Dari segi pembangunan ekonomi pula wujud beberapa tempat yang membangun sebagai pusat perindustrian dan pelabuhan. Tambahan lagi, hal ini ditambah dengan wujudnya pusat pertadbiran negeri dan persekutuan yang terletak disebelah UMS

Jika dahulu semasa kecil Sepanggar bukanlah seperti Sepanggar sekarang yang mempunyai tahap kesesakkan lalu lintas yang teruk di jalan ums Sulaman. Oleh kerana pembangunan yang pesat ini rakyat sepanggar telah mendapat kesan yang baik dari segi peningkatan sosial dan ekonomi.

Jika dahulu mahu mencari kerja rakyat sepanggar perlu pergi ke kota kinabalu untuk mendapatkan kerja. Jika dahulu jika mahu belajar rakyat Sepanggar perlu ke luar daerah untuk melanjutkan pelajaran tapi semuanya sekarang berubah semuanya boleh dibuat di Sepanggar. Oleh kerana perubahan ini kebanyakkan golongan rakyat di Sepanggar dari segi pemikiran dan pandangan berbeza daripada kawasan lain.

Sebelum bercerita lebih lanjut berkenaan siapakah yang lebih layak untuk menjadi menjadi wakil rakyat parlimen di Sepanggar. Elok kiranya saya menyentuh sedikit apa keperluan dan kemahuan orang muda Sepanggar. Jika dilihat Sepanggar disisi yang lain. Masih ada masalah masyarakat di kampung berkenaan dengan isu kemudahan asas dan isu kemiskinan (hal yang tidak dapat dielakkan dimana juga)

Oleh yang demikian satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pemimpin Sepanggar yang ialah perlu membawa setiap rakyat Sepanggar seiring dengan pembangunan yang pesat di Sepanggar. Bermakna jika isu mengenai kemudahan asas dan isu mengenai pengangguran perlu difikirkan satu mekanisma untuk menanganinya.

Persoalan seterusnya ialah berkenaan dengan siapakah yang lebih layak menjadi wakil rakyat di Sepanggar?

Calon yang akan bertanding di Sepanggar ialah Datuk Seri Rahman Dahlan (BN), Jefery Kumin (GS), Datuk Azis Jaman (Warisan) dan Robert Sopining (PCS).

Sedikit latar belakang Datuk Abdul Rahman Dahlan, dahulu merupakan mantan Menteri Kesejahteraan  Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan sekarang menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi).

 

Datuk Abdul Rahman Dahlan merupakan mantan wakil rakyat di Parlimen Kota Belud. Berikut beberapa pencapaian dan sumbangan Datuk Rahman kepada rakyat di Kota Belud sepanjang menjadi wakil rakyat.

  • Pertama telah membina 1000 unit Projek Perumahan Rakyat sebanyak 900 unit di Ulu Pirasan dan 100 di Pulau Mantanani.
  • Membina Sebuah Politeknik baru di Kota Belud
  • Menyediakan Dataran Kota Belud untuk aktiviti riadah
  • Membina Bazar Rakyat Kota Belud untuk pelbagai aktiviti perniagaan
  • Meluluskan Jeti pelancongan di Kuala Abai ke Pulau Mantanani
  • Meluluskan RM50juta bagi menangani masalah banjir
  • Melaksanakan system solar di sekolah dan pusat ibadat bagi mengurangkan pengantungan terhadap bekalan elektrik
  • Membina dan membaik pulih jalan pekan dan luar daerah Kota Belud.

 

Calon seterusnya ialah Datuk Azis Jaman (Warisan), ialah ketua Wira Warisan dan merupakan mantan ketua pemuda UMNO Semporna. Melihat kepada khidmat Datuk Azis di Semporna tiada perkara yang boleh diangkat sebagai “track record” yang baik kepada rakyat Sepanggar. Banyak isu yang belum diselesaikan di Semporna dari segi pengurusan pekan Semporna dan masalah kemudahan asas seperti air, jalanraya dan elektrik yang banyak belum diselesaikan.

Jefery Kumin merupakan calon pilihanraya 2008 mewakili parti DAP yang dikalah oleh BN dikalahkan dengan majoriti 9442. Pada pilihanraya kali ini Jefery merupakan calon yang akan mewakili Gabungan Sabah. Calon yang terakhir pula Robert Sopining yang menwakili Parti Cinta Sabah dalam pilihanraya kali ini.

Melihat kepada “track record” setiap calon yang bakal bertanding di Sepanggar para pembaca dan khusus kepada pengundi di Parlimen Sepanggar boleh membuat pertimbangan yang wajar untuk memilih wakil rakyat.

Bagi pandangan penulis calon yang lebih layak dan melihat kepada “track record” ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan. Selain daripada itu, Rahman lebih ke hadapan dari segi perancangan untuk rakyat Sepanggar. Penulisan seterus penulis akan menyentuh mengenai dasar dan perancangan Datuk Abdul Rahman untuk Sepanggar.

 

Zainald.com