Program Belia yang sudah dilakukan oleh Kerajaan

Diterbitkan pada: 12:42PM 04/03/2018
Kategori: Uncategorized
75 Pembaca

Bagi mewujudkan golongan belia yang sihat, pihak kerajaan menyediakan pelbagai program pembangunan belia bagi menggalakkan golongan belia terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan mampu menaikkan semangat cintakan negara di kalangan belia. Di antara program dan pusat latihan yang diperkenalkan untuk tujuan ini adalah seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN). Selain itu, Kerajaan Persekutuan turut memperkenalkan Program Y-Creative, New Entrepreneur Fundation (NEF) serta Young Entrepreneur Fund sebagai langkah memacu pembangunan belia agar lebih berdayasaing.

Bagi menzahirkan agenda pembangunan ini, bajet 2016 memperuntukkan sebanyak RM234.96 juta kepada pelbagai agensi untuk melaksanakan program latihan, pembelajaran, kemahiran, keusahawanan, pemantapan jati diri, peradaban dan “capacity and team building”.

 Bagi membantu memperkasakan golongan belia, meningkatkan kecemerlangan sukan dan seterusnya mengarus-perdanakan pembangunan wanita maka kerajaan memperuntukkan sebanyak RM95.81 juta pada tahun 2017.

Dana Khas sebagai tambahan (over and over above) kepada peruntukan-peruntukan sedia ada. RM10 juta untuk memperkasa pembangunan belia dan kecemerlangan sukan bagi memberi manfaat kepada 682 buah persatuan atau pertubuhan belia dan sukan di seluruh Negeri Sabah yang meliputi seramai 798,400 orang belia tempatan.