Program Kesihatan Diutamakan Untuk Rakyat.

Diterbitkan pada: 1:27AM 28/02/2018
Kategori: Isu, Pro Politik
80 Pembaca

Kerajaan Negeri Sabah turun menangkat program kesihatan kepada rakyat. Persatuan Jururawat Sabah sedia berkerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan dalam melaksana pelbagai program kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada penduduk di bandar dan luar bandar.

57 bot disediakan di klinik kesihatan Sabah “Jenis bot berlainan disediakan mengikut keadaan dan keperluan kawasan iaitu bot panjang, bot laju, bot panjang dengan fibre glass dan bot laju dengan fibre glass. Ini memastikan akses kesihatan sampai di semua tempat di pendalaman Sabah dan memenuhi keperluan di waktu kecemasan”. ( Datuk Seri Dr S. Subramaniam.)

Ambulan air juga digunakan di klinik berhampiran sungai. Kesihatan adalah segalanya. Lantaran itu, usaha bersepadu terus dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan di negara kita. Jadinya, RM25 bilion disediakan bagi program:

RM4.5 bilion untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, dan lebih 1,800 Klinik Desa sedia ada; dan RM4 bilion untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan Kerajaan.

Selanjutnya, bagi mengurangkan kesesakan di hospital awam, Kerajaan akan bekerjasama dengan pihak swasta atau NGO, yang mengendalikan non-profit charitable hospital, mengikut kadar kos hospital Kerajaan. Pinjaman RM20 juta disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital tersebut.

Seterusnya, RM110 juta diperuntukkan, di mana RM70 juta untuk bantuan perubatan kepada 10,000 pesakit kurang berkemampuan. Sebagai menggalakkan lebih banyak pusat hemodialisis swasta dibuka, RM40 juta diperuntukkan sebagai geran one-off RM200,000 untuk pembelian peralatan.

Kerajaan sememangnya memandang serius penularan wabak denggi dan Zika serta akan melaksanakan inisiatif pencegahan dan kawalan ke atasnya. Selain itu, Program Komuniti Sihat Perkasa Negara akan diperluaskan. Kesemua ini melibatkan peruntukan RM80 juta.

Kempen Imunisasi Peringkat Negeri Sabah 2016 – Ramai ibu bapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka disebabkan kebanyakan ibu bapa ini berpendapat bahawa imunisasi boleh diperoleh secara semula jadi malah ada yang meragui status halal kandungan vaksin. Oleh itu, melalui program ini, ibu bapa akan diperkenalkan betapa pentingnya imunisasi yang lengkap untuk anak-anak mereka bagi melawan penyakit dan mengelakkan penyebaran penyakit yang merbahaya. Di samping itu, kempen ini akan memudahkan jabatan kesihatan untuk memastikan keperluan penjagaan kesihatan dengan baik dan mencukupi kepada masyarakat.

Menurut KKM melalui JKN Sabah menyediakan Perkhidmatan Klinik Bergerak (PKB) melalui udara, darat, sungai dan laut. Terdapat dua pasukan Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) iaitu satu PKB menggunakan bas, 23 pasukan PKB jalan darat, sungai dan laut dan dua Klinik 1M. JKN akan menambah 11 pasukan PKB lagi berikutan pembelian kenderaan untuk PKB pada tahun ini dan penambahan pasukan ini membolehkan penympaian perkhidmatan kesihatan ke kampung-kampung yang sebelum ini mendapat perkhidmatan PDU.

RM30j untuk kaum wanita jalani pemeriksaan mammogram dan mendapat suntikan imunisasi HPV secara percuma untuk mencegah kanser.

Naik taraf mesin CT Scan lama kepada 32 Slice CT Scan di Hospital Tawau yang baru dilaksanakan. Kementerian juga telah bersetuju untuk memberikan mesin Mamogram kepada Hospital Tawau dalam masa terdekat sebagai kemudahan untuk penduduk sekitar dapat menjalani pemeriksaan kanser payudara

Perkhidmatan Hospital Mata dan doktor pakar Optometrik di Hospital Tuaran. “Kem Kesihatan dan Perubatan Mata 2017”