Sabah Mundur Sebab UMNO?

Diterbitkan pada: 10:56PM 03/01/2018
Kategori: Uncategorized
105 Pembaca

Kebanyakkan ahli warisan yang menyatakan bahawa punca kepada kemunduran negeri Sabah disebabkan UMNO. tapi sedar atau tidak negeri Sabah pernah bertukar 5 parti yang memerintah daripada 1963 sehingga sekarang dan kita antara negeri yang mempunyai banyak mantan ketua menteri daripada pelbagai  parti.

Jadi tidak adil jika kita menyatakan bahawa UMNO faktor menyebabkan Sabah mundur sedangkan kita lebih lama diperintah oleh parti tempatan tetapi kita masih ketinggalan. Semenjak  beberapa tahun kebelangkangan ini sabah mempunyai Suplus Bajet yang tertinggi antara negeri-negeri di Malaysia berbanding dahulu.

Jika betul UMNO menyebabkan kejatuhan dan kemunduran tentu sekali Sabah tidak akan mempunyai bajet Surplus seperti sekarang. Sekarang ramai ahli politik ingin mengambil ahli Sabah kerana ingin mendapatkan kekayaan negeri dan bukan memperjuangkan rakyat Sabah.

Jika letak parti apa sekalipun termasuklah parti yang mengaku mereka parti tempatan tetapi jika tidak mempunyai pemimpin dan individu yang mementingkan keuntungan tentu sekali Sabah akan menjadi lebih mundur.