Shafie Mengalir air mata lihat rakyat miskin atau kehilangan Kuasa?

Diterbitkan pada: 10:57AM 04/04/2018
Kategori: Uncategorized
63 Pembaca

Kenyataan akhbar baru-baru ini shafie menyatakan bahawa “air mata saya mengalir melihat pemimpin kaya dan rakyat miskin” perkara ini perlu disemak kembali adakah perkara ini selari dengan perbuatan Shadie semasa menjawat jawatan sebagai menteri? Jika bercakap mengenai pemimpin yang kaya Shafie adalah pemimpin yang kaya di dalam kerajaan dan selapas keluar daripada kerajaan masih merupakan pemimpin yang kaya?

Jika dilihat bagaimana shafie keluar daripada kerajaan pun disebabkan oleh perjuangan kepada rakyat tetapi oleh sebab masalah yang diwujudkan oleh beliau sendiri. Jika benar Shafie individu yang berjuang untuk rakyat dan cemerlang dibawah kementerian KKLW mungkin banyak nikmat yang diberikan kepada rakyat Sabah.

Gerakan yang diwujudkan sendiri dan rakan-rakan untuk mendapatkan kuasa telah memakan diri sendiri semasa di dalam kerajaan dan akhirnya gagal beliau sendiri keluar daripada UMNO. Yang penting beliau tidak pernah menyebut perjuang untuk rakyat Sabah semasa berkuasa apa lagi menangis.