Tolak Politik Perkauman! “Lanun Bukan Pada Kaum! Lanun hanya pada Sifat!

Diterbitkan pada: 4:27PM 05/04/2018
Kategori: Uncategorized
47 Pembaca
Tolak Politik Perkauman! “Lanun Bukan Pada Kaum! Lanun hanya pada Sifat!
 
Saya sangat bersetuju panggilan “Lanun” untuk mereka yang mencuri dan merompak duit rakyat! dan bukan dikaitkan dengan mana-mana kaum.
 
Sebagai contoh Dana Berbilion dibawah KKLW dibawah Shafie tapi banyak projek gajah putih dapat di negeri Sabah.
Kesian rakyat Sabah, harapkan orang Sabah sendiri yang bantu urang Sabah tapi hasilnya kita masih tidak merasa nikmat ini. Isu ini yang perlu dijawap oleh Shafie dan Warisan.
 
Isu Masalah air di Pulau Gaya, Isu kemudahan asas kawasan pendalaman di Sabah yang tidak diselesaikan. Perkara ini perlu dijawap oleh Shafie dan kontraktor-kontraktor merangkap majlis tertinggi parti Warisan Sabah. Kalau “Track Record” dahulu sudah tidak baik jangan cerita pasal masa hadapan mahu memerintah Sabah.
 
Saya rasa tidak payahlah Shafie dan Parti Warisan kaitkan “Lanun” dan kaum. Tidak pernah lagi mana-mana pemimpin di Sabah bercakap ada kaum yang kononnya “Lanun”. Shafie sengaja wujudkan kebencian dan rasa kesian rakyat Sabah dengan mengaitkan “Lanun” dan sesuatu kaum.
 
Warisan dilihat suka bermain isu bangsa dan kebencian antara kaum berbanding bercerita tentang masa depan dan hala tuju Sabah di masa hadapan. Sekarang kita mahu ikut parti yang main isu perkauman yang bakal membawa ketidakstabilan atau kita mahu ikut pemimpin dan parti cerita pasal idea dan dasar ke hadapan?
 
Jika setiap pilihanraya kita main isu kaum seperti dibawa Parti Warisan nampaknya sistem dan hala tuju negeri Sabah akan mundur. Selain daripada main kaum lebih baik Shafie nyatakan apa sumbangan terbesar beliau dengan rakyat Sabah semasa menjadi Menteri? Kalau ada lah.
 
“Untuk menang orang akan sanggup pakai politik kebencian dalam kaum, agama dan, fitnah  tetapi lepas menang itu negeri kita, rupanya bagaimana?”
 
Zainald.com