“Tranformasi  Ekonomi Negeri Sabah dibawah Pertadbiran Tan Sri DSP Musa Aman”

Diterbitkan pada: 5:23PM 20/04/2018
151 Pembaca

“Kesan Tranformasi  Ekonomi Negeri Sabah dibawah Pertadbiran

Tan Sri DSP Musa Aman”

 

 

Jika dilihat dahulu Negeri Sabah merupakan negeri yang tidak mempunyai pembangunan ekonomi yang rancak seperti negeri lain. Tetapi pada masa ini dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Sabah merupakan negeri yang mempunyai keadaan ekonomi dalam keadaan berkembang secara positif dan rancak.

 

Bagi mengukur kejayaan yang dibawa oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Perkara yang pelu dilihat ialah  pencapaian ekonomi dalam masa lima tahun daripada aspek Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), pendapatan per kapita negeri, kegiatan ekonomi negeri Sabah yang menyumbang kepada pembangunan, dan program-program pembangunan yang wujud di Sabah.

 

Dalam aspek Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Sabah telah merekodkan peningkatan yang amat memberangsangkan daripada RM59.3 bilion pada tahun 2011 kepada RM73.8 bilion pada tahun 2016 iaitu peningkatan sebanyak RM14.5 bilion  kesannya kini ekonomi Negeri Sabah berada pada kedudukan kelima (5) tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Hal ini menafikan bahawa negeri Sabah ketinggalan daripada negeri lain di semenanjung Malaysia.

Negeri Sabah juga mempunyai kadar Pendapatan per kapita negeri yang menunjukkan peningkatan sebanyak 7.3 peratus daripada RM19,648 pada tahun 2011 kepada RM21,081 pada tahun 2016.

Sektor perkhidmatan telah berjaya diperkasakan dan telah penyumbang terbesar kepada ekonomi negeri ini dan telah menyumbang sebanyak 40.8 peratus kepada jumlah KDNK Negeri Sabah pada tahun 2016. Kepentingan sektor perkhidmatan dalam ekonomi Negeri Sabah terbukti melalui peningkatan sebanyak 31.3 peratus sumbangannya kepada KDNK negeri dalam tempoh lima (5) tahun yang lepas.

 

Sektor perlombongan dan pengkuarian pula merupakan penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi Negeri Sabah. Dengan pertambahan lebih banyak lapangan minyak baharu yang telah mula beroperasi, sumbangan sektor ini kepada jumlah KDNK negeri ini telah merekodkan peningkatan paling ketara dan telah mencecah nilai RM21.8 bilion pada tahun 2016 berbanding RM12 bilion pada tahun 2011.

 

Manakala, Sektor pertanian pula masih merupakan antara sektor penting kepada ekonomi negeri dan menyumbang lebih kurang 20 peratus kepada KDNK Negeri Sabah pada tahun 2016. Negeri Sabah juga masih terus kekal sebagai pengeluar terbesar minyak sawit mentah di Malaysia. Jumlah nilai eksport bagi oleokimia berasaskan sawit telah meningkat dengan ketara daripada RM43.2 juta pada tahun 2012 kepada RM554.2 juta pada tahun 2016.

 

Dari segi dagangan luar negara pula, ekonomi Negeri Sabah terus merekodkan lebihan dagangan yang positif iaitu lebih kurang RM10 bilion setiap tahun. Pada tahun lalu, Negeri Sabah mencatatkan lebihan dagangan positif sebanyak RM12.4 bilion manakala pada separuh penggal pertama tahun ini sahaja, jumlah lebihan dagangan yang direkodkan telahpun mencecah RM10.6 bilion. Lebihan ini adalah didorong terutamanya oleh peningkatan dalam jumlah eksport.

 

Dalam tempoh separuh penggal pertama tahun ini, jumlah nilai eksport minyak sawit mentah telah meningkat sebanyak 23.2 peratus dan mencecah RM6.9 bilion. Manakala, eksport bagi petroleum mentah pula telah meningkat sebanyak 47.1 peratus dan mencecah RM10 bilion dalam tempoh masa yang sama.

 

Kerajaan negeri juga sekarang telah  pelaksanaan program-program pembangunan dijangka akan berterusan termasuklah pelaksanaan projek-projek pembangunan berimpak tinggi seperti projek Lebuhraya Pan Borneo, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Jesselton Quay, Tanjung Aru Eco Development, Aeropod dan pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar.

 

 

Berdasarkan dasar positif dan langkah-langkah strategik yang diambil oleh Kerajaan dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Tan Sri DSP Musa Aman, ekonomi Negeri Sabah dijangka akan bertumbuh pada kadar 5 hingga 5.5 peratus pada tahun 2018.

 

Selain daripada itu, hasil pembangunadan dan kestabilan negeri Sabah telah menyumbang kepada perkembangan positif industri pelancongan. Kemasukan sebanyak 36 juta pelancong dalam dan luar negeri menjana pendapatan sebanyak 66 Bilion dari tahun 2002 sehingga 2016. KKIA adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia. Sebanyak 175 penerbangan antarabangsa dan 405 penerbangan dalam negeri tiba di KKIA setiap minggu.

Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah telah membuktikan dasar yang dibawa telah berjaya membawa Sabah lagi ke hadapan berbanding dahulu. Jika dahulu dikenali sebagai negeri yang mundur tetapi tidak sekarang berdasarkan hasil yang boleh dilihat sekarang.