Warisan Boneka Pakatan Harapan?

Diterbitkan pada: 11:51AM 05/02/2018
Kategori: Isu, Pro Politik
65 Pembaca

“Warisan tidak boleh buat seorang, kita juga perlukan sokongan Pakatan Harapan untuk menang PRU14 di Sabah”_Datuk Shafie Apdal, Borneo Today, 22 Januari 2018.

 

Jawapan:

 

Dalam setiap ceramah yang dianjurkan Warisan, pernyataan utama yang sering mereka laungkan ialah “kita akan kalahkan BN di Sabah, kita tidak mahu ada parti Malaya di bumi Sabah, Warisan adalah satu-satunya parti tempatan yang akan memperjuangkan hak rakyat Sabah”.

 

Menjadi persoalan utama di kalangan rakyat Sabah ketika ini, kenapa Shafie tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang kononnya Warisan perlu sokongan Pakatan Harapan untuk menang di Sabah. Jika begitu, bermaksud Warisan bukanlah sebuah parti yang kuat seperti yang dilaungkan oleh pemimpin dan ahlinya.

 

Jika dilihat keputusan PRU13 lepas, ternyata parti-parti Malaya dalam Pakatan Harapan seperti DAP dan PKR sudah pun bertapak di Sabah dan masing-masing sudah mempunyai kerusi parlimen sendiri seperti di P172 Kota Kinabalu (DAP), P174 Penampang (PKR, kini milik Warisan) dan P186 Sandakan (DAP).

 

Warisan menjaja parti Malaya adalah penjajah di kala menagih sokongan rakyat masuk ke kampung-kampung di pedalaman (hakikatnya selama ini tidak berbuat demikian).

 

Rakyat tidak mempersoalkan DAP, PKR atau UMNO yang memang semuanya parti Malaya, tetapi yang dipersoalkan ialah prinsip dan perjuangan Warisan.