Warisan perjuang atau pengkhianat

Diterbitkan pada: 10:39PM 03/01/2018
Kategori: Isu, Pro Politik
145 Pembaca

Jika Warisan betul-betul jujur dalam memperjuangkan rakyat Sabah tentu sekali tidak berselindung dengan apa yang dibuat dalam perjuangan. Warisan boleh jadi dilihat sebagai salah satu agenda politik Tun M jika dilihat Warisan tidak pernah menhentam dan mengungkit nama Tun M.

Walaupun semasa pemerintahan Tun M banyak perkara yang Sabah ketinggalan dan banyak hak-hak negeri Sabah terhakis. Jika dilihat kemungkinan Warisan akan menjadi proksi Tun M. Adakah Warisan mahu membawa Sabah kembali kepada zaman sebelumnya?

Jika benar-benar pejuang mereka tidak akan berkerjasama dengan mereka yang telah menghakis hak negeri Sabah. Banyak retorik politik yang warisan mainkan. Banyak perkara yang mereka bawa ada perkara yang mereka tidak pernah perjuangkan semasa mempunyai kuasa.